Saturday, October 30, 2004

kuih raya

Salam..

ehh..sat..before citer apa2 kita doa dulu sama2 ok..

Doa Ramadan: Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."


huhu.. what a blessing Friday.. as early as 7 am dah dpt parcel. gilerr ahh..seawal minit pertama org tu ketuk pintu rumah..

time tu aku tgh tido lagi. aku cam terkejut gak apasal ada org ketuk pintu malam2 buta (tak perasan dah pukul 7 pun..hehe..tanpa aku sedar, masa yana kejut bgn sahur boleh pulak aku cakap ngan dia aku tak nak sahur..hehe..) bgn2 jer terus panggil si yana, tanya dia " eh yana, ko dgr tak apa yg aku dgr?" (cam citer misteri pulak..) yelahh.. style org tu ketuk cam nak pecah pintu.. takutt ahh kitaorang.. then yana pun tanya "ima, nak bukak ke pintu? kot2 org mabuk2 ke.." haha.. betul gak tu.. aku pun dah gelabah jer.. aku rasa aku dah terinfluenced ngan berita2 kat msia.. takleh sebarang jer bukak pintu rumah ni..

pastu kitaorang pun tanya siapa tu.. then org tu cakap "ive got a parcel for you love.." style dia cakap pun cam lalok2 jer.. lagilah bertambah curious aku & yana.. lama gak kitaorang tak bukak pintu.. pastu dgn bertawakal bukak lah jugak pintu.. then org tu kata " what took u so long to open the door.." aku & yana dah gelak dah.. pastu say sorry kat org tu..hehehehe..so lepas ni kalau sapa2 yg ketuk pintu rumah aku nak masuk ke or nak amik barang ke, sabar2 sikit ehh.. aku rasa cam nak pasang CCTV jer kat pintu rumah..hahaha..senang nak tgk siapa yg datang..

back to the story,parcel tu atas nama aku.. fuishh.terus segar biji mata.. wondering lah jugak siapa yg hantar.. ayah aku kata baru nak hantar hari ni, my dear pulak said kat post office seremban tak kasi hantar parcel kuih raya ke uk (doesnt make sense!) kerani tu kata uk reject parcel yg ada makanan from msia.. pastu she said tak payahlah awak membazir duit hantar.. adake..biar lah org nak hantar.. kot2 mana tahu rezeki sampai pulak kan..!! geram jer aku dgr.. hmm..macam2..

sekali rupa2nya KAMILIA yg hantar parcel..terharu giler aku & yana.. THANKSSS KAMY!! hehehe..ha, yg lain2 tu bila lagi nak menunaikan janji2 korang?? :P takdelah..main2 jer.. siap kad raya - aku hidup dalam blues lagi.. lama tak lukis gambar mamat tu.. dulu igt lagi masa teknik & poly suka sgt lukis gambar mamat tu (actually aku takdelah pandai lukis sgt.. tapi gambar mamat tu jer yg aku boleh lukis..hehe..) and gambar tu jugak reminds me to a poster ima-sky bagi masa teknik dulu.. ima, ko igt tak??? but aku lupa pulak apakah ayat yg ko tulis kat situ.. ada kaitan ngan friendship jugaklah.. ima, kalau ko igt ko kasi tahu aku yer.. the whole day aku dok try igt apa yg ko tulis tu..rasa nak call jer ayah aku suruh gi check kat bilik aku.. (alah..ko bukan tak tahu aku bab2 ingat mengingat ni tak menyempat-nyempat..)hehe.. aku teringat time kat rumah ko tu ima (masa summer hari tu) yg dok pikir nama kereta tu..toyota UNSER..punyalah aku menjerit bila dah teringat..hehe..lawak betullah..

so ni lah dia yg KAMY kirim kat kitaorang..terima kasih kamy..ARIQATO (aku cakap cam ni baru dia faham..terima kasih dia kurang faham sikit..hehe)



then about 9am org ketuk pintu rumah lagi.. aku & yana pun confused..aikk takkan parcel lagi kot.. rupanya org hantar tilam baru.. hehehe.. lupa pulak..landlord ada call cakap org tu akan hantar tilam hari Jumaat.. apalagi kitaorang.. terus ptg tu jugak masing2 testing tilam baru..konon2 nak baring2.. kesudahannya terlelap.. :P

hari ni pulak ada buka puasa kat rumah Farah & Nikmun.. of courselah aku tak dpt nak join coz aku pun berbuka kat office (hari ni buka ngan air jer..sgt sedih.. tertinggal kurma kat rumah..) terus lah aku kena gastrik tadi kat office.. balik rumah tak lalu dah makan.. nak muntah jer rasa..kepala pun dah pening.. nasib baik bilik aku ni ala2 farmasi jer.. (coz byk giler stok ubat-ubatan).. dahlah balik rumah takde menda nak makan..coz yana gi buka kat rumah diaorang.. nana pulak gi manchester.. tup2 yana pun balik dgn membawa nasi kerabu, lasagne.. alhamdulillah.. aku makan lah sikit2.. tapi tak lalu sgt coz dah loya jer tekak.. then lepas makan sikit tu terus makan ubat.. now ni back to normal.. hehe..lebih2 lagi ada org tu baru jer call.. u get what i mean?? rasanya bukan gastrik ni..hehe..

so, itulah cerita satu hari di hari Jumaat.. boleh buat cerpen ni.. huishhh..panjang giler tulis hari ni.. oklah my fren..nak tido dah.. thankss again to KAMY..!! dgn ucapan, jgn lupa apa yg aku cakap tadi..hehehehe..

wassalam..

best i ever had,
emmachann..

No comments:

Related Posts with Thumbnails