Friday, May 07, 2004

opss. kebetulan pulak.. baru jer aku update blog pastu bila check balik dah ada cerpen nih..sambungannya macam kena jer dgn apa yg aku cerita kat blog hari nih.. isk. isk..isk.. pastu kalau sapa2 yg dah lupa cerpen nih, ada attach kat tepi tuh..

CALON PILIHAN ABAH (PART 7)

Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku.

“Usu beli apa untuk Nina ??” soal Nina manja sambil memeluk lenganku.

“Ada laaa….Usu beli macam-macam…cokelat pun ada usu beli..” Ujarku sambil mengusap-ngusap rambut Nina.

“Usu beli tak untuk Shikin?” Tanya Shikin pula. Aku tersenyum mendengar soalan Shikin.

“Mestilah ada….Usu beli hadiah untuk semua orang..Untuk mama dan papa Shikin, Untuk Maklong dan paklong, untuk Rizal ,Aiman, Ipah, Nenek dan Atuk” jawabku panjang. Tiba-tiba kulihat kedua-dua wajah itu muram. Entah kenapa.

“Tapi atuk dah..” Belum sempat Nina menghabiskan katanya, Kak Ngah menyuruh dia diam. Aku tiba-tiba berasa resah dengan keadaan itu. Kenapa dengan abah??? Shikin dan Nina duduk bersandar diam. Abang Ngah dan Kak Ngah turut diam. Sunyi sepi. Aku sendiri tidak mahu menyoal apa-apa. Apakah hal keluarga yang dimaksudkan? Abah? Kenapa dengan abah?

“Kak Ngah…” aku mula memberanikan diri menyoal.

“Ana..Kita cakap kat rumah ye..” kata Kak Ngah perlahan. Aku menjeruk perasaanku sehingga tiba di rumah. Hati ku berasa resah sungguh.

Tiba sahaja di rumah, kulihat emak tersenyum di pintu pagar. Aku segera keluar dari kereta dan memeluk emak. Aku terlalu rindu padanya.

“Mak, abah mana mak?” soalku laju, dengan hati berdebar menanti jawapan emak. Aku lihat air mata emak jatuh menuruni pipi tuanya. Emak memelukku lagi sambil mengusap belakangku. Kulihat rumahku sudah seolah-olah kehilangan seri. Dulu, pokok-pokok bunga terjaga rapi di luar rumah. Kini, pasu-pasu itu kosong. Kawasan rumahku sudah tidak berseri, Cuma kebersihannya sahaja tetap terjaga.

“Mak…mana abah…”tanyaku lembut. Adakah abah sakit? Kenapa emak menangis begini…Kak Ngah menarik kami masuk ke rumah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan emak di ruang tamu. Kak Ngah dan Abang Ngah duduk di sofa yang menghadap kami. Aku menggenggam tangan emak. Kak Ngah melihatku lama. Aku sekadar diam. Aku seolah-olah terasa rumah ini kehilangan sesuatu. Kak Ngah tunduk menangis. Abang Ngah serba-salah dengan keadaan itu lantas membuka mulut menerangkan kepadaku.

“Ana…Abah dah tak da..”

Aku terketar mendengar ayat itu. Wajahku mengatakan ketidakpuasan hatiku dengan jawapan Abang Ngah tadi, lantas Abang Ngah menyambung.

“Ana..banyak-banyak sabar ye..Abah dah pergi tinggalkan kita semua..19 Mac lepas, pagi Jumaat. Lebih kurang 3 bulan lepas...” Abang Ngah berhenti seketika. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku. Bibirku terketar-ketar menahan sesuatu. Aku sekadar mengangguk-angguk perlahan memandang abang Ngah. Emak mengusap belakangku. Nafasku naik dan turun dengan sukar. Sesuatu menahan di kerongkongku. Tiada air mata yang keluar. Aku boleh menerimanya. Aku boleh bersabar.

“Abah meninggal pagi itu di masjid..Lepas semayang subuh. Tiba-tiba saja dia rebah. Pak Su ada masa tu..Dia ajarkan shahadah..Alhamdulillah..Abah pergi dengan tenang..”

Aku mengangguk-angguk lagi. Fikiranku kosong. Aku memandang emak dan Kak Ngah yang sedang tunduk menangis. Aku memandang ke kanan. Ku lihat sofa yang abah selalu duduk menonton TV. Aku sendiri tak dapat bayangkan wajah abah. Aku takkan dapat lihat wajah abah lagi. Selepas ini tak kedengaran lagi suara abah di rumah ini. Tak ada lagi kedengaran deruman motor abah pulang ke rumah dari masjid. Tak ada lagi suara abah bergurau senda denganku. Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku.

Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Abah..Ana rindukan abah.. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam. Aku lemas dengan air mata yang mengalir. Emak menyapu pipiku dengan tangannya. Belakangku diusap-usap penuh kasih sayang. Kali terakhir abah mencium dahiku ketika di lapangan kapal terbang Alor Setar tahun lepas, ketika menghantarku pulang ke Ireland. Perasaan marahku ketika itu masih bersarang teguh menyebabkan aku sekadar menjeling abah. Itulah ciuman terakhir abah yang aku tak hargai. Bahuku terhenjut-henjut menahan esak.

“Sabar lah sayang…Abah dah pergi tinggalkan kita..Allah lebih sayangkan dia. Abah meninggal di hari yang baik, tempat yang baik…” pujuk emak lembut.

Aku teringat selama ini, aku cuba mengelak dari bercakap telefon dengan abah. Selama tiga bulan lepas, rupa-rupa nya memang tiada apa yang perlu aku elakkan lagi. Tak ada.. Abah memang sudah tinggalkan aku ketika itu. Bila kali terakhir aku mendengar suara abah? Bila? Hari raya Haji yang lepas..itu lah yang terakhir.. Abah berpesan supaya aku menjaga diri, menjaga iman, jangan tinggal solat, jadi hamba Allah yang baik… Air mataku tidak mampu berhenti mengalir. Aku sendiri tak mampu mengawalnya. Betapa aku ini bersalah kepada abah. Betapa aku ini anak yang derhaka. Betapa aku ini anak yang tak mengenang kasih sayang abah.

“Mak…abah ada pesan apa-apa pada Ana…?” soalku lemah.

“Abah selalu sangat sebut-sebut nama Ana seminggu sebelum dia meninggal..Teringin sangat nak bercakap dengan ana…”
Aku menangis lagi. Lebih deras air mataku jatuh..Abah..Maafkan ana..Maafkanlah Ana..

“Dia teringat sungguh pada ana. Dia kata tak sabar nak jumpa ana. Nak suruh ana rawat dia bila dah jadi doctor…”

Air mataku mengalir sehingga ku rasakan pipiku bergetah dengan air mata. Aku menyapu wajahku dengan tudung.

“Sebelum ke masjid dia pesan suruh kirim salam pada ana pagi tu kalau ana telefon. Mak dah pun sampaikan pada ana..” sambung emak dengan nada sayu. Mata tua itu kutatap lama. Cengkung mata emak menahan semua ini sendiri.

“Mak,..ana nak masuk bilik dulu..” kataku dan terus aku berlalu meninggalkan ruang tamu. Aku menangis lagi…

Malam itu Paksu dan Maksu datang dari Kulim menjengokku. Aku tidak banyak bercakap. Mereka bersembang agak panjang malam itu. Mungkin mereka sudah boleh melepaskan perasaan sedih mereka. Sudah tiga bulan.. Aku? Aku baru sahaja menerimanya..menerima dengan hati yang terlalu sedih..Dengan hati yang terlalu berat.. Ya Allah..Tolonglah hambaMu ini..

Seminggu lamanya aku terperap di bilik. Tak mampu rasanya aku keluar melihat rumah itu yang terlalu banyak menyimpan kenangan. Hendak ke kubur abah pun aku tak mampu. Tak mampu melihat nisannya. Makan minumku sendiri aku abaikan. Mujur emak memaksa aku makan. Aku terlalu rindukan abah. Aku terlalu rindu. Segala kenangan ku bersama abah sejak kecil hingga besar bermain-main di mataku. Setiap kali aku terpandang barang-barang pemberian abah, aku menangis. Aku hiba. Aku ini anak kesayangan abah. Aku tahu sangat hakikat itu. Aku tak mampu membayangkan wajah tenang abah itu aku hamburkan kegeramanku dengan calon pilihannya.

Petang Ahad itu, emak memujukku menziarahi kubur abah. Aku menggeleng-geleng.

“Ana belum sedia..” kataku lemah.

“Ana, marilah kita pergi kubur abah..Abah rindu nak tengok Ana kan..” Kata-kata emak yang terakhir itu menusuk hatiku.

“Nak pegi macam mana mak..Nak naik apa..Kak Ngah sibuk kan..Lesen kereta ana dah mati 2 bulan lepas..” soalku

“Mak dah minta tolong Azmi hantarkan kita” jawab emak. Aku menarik nafas panjang. Azmi. Kini, Azmi sudah menjadi wasiat buatku. Mahu atau tidak, Azmi itulah yang bakal aku serahkan hidupku. Tapi kenapa abah?? Kenapa abah buat semua ini? Ana terseksa abah..Abah..abah balik lah..Ana nak Tanya macam-macam pada abah…

Kereta proton perdana Azmi berwarna kelabu metalik itu sudah berada di depan rumahku. Aku duduk di belakang. Wajah Azmi tidak sedikit pun aku pandang. Aku sekadar tunduk ketika dia di rumah tadi. Emak duduk di depan, sebelah Azmi. Entah apa yang mereka bualkan sepanjang 10 minit perjalanan itu aku sendiri tidak mengendahkan. Ada juga dua tiga kali namaku disebut. Setibanya sahaja, Azmi berjalan mendahului kami. Dari belakang kulihat, ternyata Azmi ini agak berisi orangnya. Emak memimpinku berjalan perlahan-lahan. Aku lihat kubur abah di bawah rendangan pokok. Kelihatan damai sekali. Batu sungai dipacak di kedua-dua hujung. Azmi menghulurkan surat khabar untuk aku duduk.

“Abah..Ana datang ni..Abah…Maafkan ana abah..Ana sayangkan Abah…” bisikku perlahan. Tak baik aku menangis di sini. Aku sekadar menahan perasaanku. Selesai membaca yasin, Azmi membaca doa. Lancar dan sedap suaranya kudengar, persis suara imam Said Al-Ghamidi..

Setibanya di rumah, emak meminta Azmi makan tengah hari bersama. Puas ditolaknya, tapi desakan emak memaksanya untuk singgah sebentar.

“Ana, marilah makan sama sini” panggil emak. Aku di dapur mengemas-ngemaskan apa-apa yang perlu. Arahan emak aku turuti sahaja. Tak ingin lagi aku melawan kata-kata orang tuaku. Azmi nampak tidak selesa dengan kehadiranku makan bersama. Kasihan dia, desis hatiku.

“Ana, mak nak bancuh air sekejap ye..” kata emak meninggalkan aku dan Azmi yang belum habis menjamu hidangan tengah hari itu. Aku kehilangan kata..


~bersambung..adehh..sadis lah pulak ceritanya..tak dapat aku bayangkan kalau aku jadi Ana tuh.. isk..isk..tidak..tidak..~

No comments:

Related Posts with Thumbnails