Sunday, November 07, 2004

raya

Salam

doa for today,

Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

this morning, while i was surfing the net, found an article which from my point of view is something that is worth to share with..

1)KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki
boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut
kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran
dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda
yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

2)KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada
pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap
Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal
yang diredhai Allah.

3)KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi
dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan
sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang
diminta akan dipenuhi dengan mudah.

4)KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah
?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


5)KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani
apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling
dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah
serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah
swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

wallahualam..Allah knows best!

regards,
~emmachann~

No comments:

Related Posts with Thumbnails