Tuesday, March 02, 2004

asyura

salamz..today is 10 muharram = hari asyura..actually aku pun tak sure whether hari nih ke or semalam hari asyura nyer..coz if kat msia, hari nih..but ada orang kata kat uk pulak semalam.. hmm..tapi aku ikut calendar jer lah..serba sedikit tentang hari asyura nih....

Sepuluh Muharam hari peringati kebesaran Allah HARI Asyura pada 10 Muharam mengandungi pelbagai peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar dan renungan bersama. Ganjaran pahala besar disediakan kepada umat Islam yang berpuasa sunat pada hari itu.Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam pada hari itu ialah:

Allah menerima taubat Nabi Adam sehingga bersih daripada segala dosa dan kesilapannya.

Allah mengangkat Nabi Idris ke tempat yang tinggi.

Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kekejaman raja Namrud yang membakarnya hidup-hidup, namun
apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dalam keadaan sihat sejahtera.
Ini membuktikan Kebesaran Allah yang Maha Mencipta segala-galanya.

Allah mengeluarkan Nabi Yusuf daripada penjara setelah merengkuk beberapa tahun berikutan fitnah Siti Zulaikha.

Allah menyelamatkan Nabi Nuh serta pengikutnya daripada banjir besar yang melanda dunia selama enam bulan.

Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat terlalu menangisi kehilangan anaknya, Nabi Yusuf.

Nabi Yunus keluar daripada perut ikan setelah berada selama 40 hari 40 malam. Baginda terselamat setelah berzikir di dalam perut ikan itu.

Allah menyelamatkan Nabi Musa yang terperangkap di Laut Merah daripada serangan Firaun dan bala tenteranya dengan membelah laut.

Allah mengampuni kesilapan Nabi Daud.

Allah mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman.

Allah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya.

Hari pertama Allah menjadikan alam.
Hari pertama Allah menurunkan Rahmat-Nya.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Hari pertama Allah menjadikan Lauh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.


Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya.

Berdasarkan lipatan sejarah Islam, Nabi Musa berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha berkuasa menyelamatkan baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.

Berpuasa pada hari Asyura sangat besar ganjaran pahalanya. Abu Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasullah saw yang bermaksud: “Rasullah saw ketika ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura, baginda menjawab: Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu.”

Al Baihaqi pula meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan 10 Muharam dan jangan kamu meniru cara orang Yahudi.”

Amalan bersedekah juga turut digalakkan. Abu Musa Al Madani meriwayatkan daripada Umar yang bermaksud: “Se siapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun lamanya dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura bagaikan bersedekah satu tahun.”

Menggembirakan keluarga dan saudara terdekat juga turut disarankan. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan lapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”

Berdoa kepada Allah boleh dilaksanakan sepanjang masa, malah ia lebih baik lagi jika dilaksanakan pada waktu yang mustajab. Dalam keadaan berpuasa pada hari Asyura sebaiknya kesempatan perlu diambil untuk berdoa kepada Allah memandangkan orang yang berpuasa itu termasuk di kalangan mereka yang diperkenankan doanya.

Di sepanjang bulan ini juga umat Islam turut digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan amalan zikir, menziarahi orang sakit dan lain-lain.

Sebenarnya, Muharam adalah bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. Banyak amalan yang dianjurkan agama Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.

Kehadiran Muharam sewajarnya disambut dengan doa: “Ya Allah limpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhamad saw berserta keluarga dan semua sahabatnya. Ya Allah Engkau zat yang kekal abadi, sedia ada. Dengan anugerah dan kemurahan-Mulah zat Yang Maha Agung, kami menggantungkan nasib.

“Sekarang tahun baru sudah tiba, kami memohon perlindungan sepanjang tahun ini daripada segala godaan syaitan dan jin. Berilah kami pertolongan untuk menghindarkan diri daripada segala nafsu yang mengajak kepada melakukan kejahatan.

so basically, dats all about hari asyura..pendek kata, hari asyura juga adalah merupakan hari yg kita boleh berpuasa sunat..so, pada yg tgh membaca blog nih, korang posa tak hari nih?? kalau puasa, alhamdulillah...

and hari nih dapat email from my x officemate-hidzir kat western digital dulu..baru dapat baby boy. alhamdulillah..bertambah lagi generasi umat islam kat muka bumi ALLAH nih..kat office tuh tgh berderet2 yg baru dapat baby..to abg wan jugak.tahniah atas kelahiran WAN HANNA SOFIA..(nama sofia tuh aku yg kasik..hehe)..to kak anis i'll wait until the end of this year (as u said..huhu.) nasib baik aku dah tak keje situ lagik..kalau tak mesti pokai dah bulan nih kena beli hadiah untuk diaorang..hehehhe..

okie dokie..dats all for today..need to do some cleaning here..tata..wassalam..

No comments:

Related Posts with Thumbnails