Tuesday, June 22, 2004

Resepi Hidup Selamat

Ambillah akar-akar kemiskinan dan jiwa kesabaran lalu gaulkan dengan serbuk fikiran dan di campur dengan rendah hati dan kekhusyukan.

Kemudian ditumbuk semuanya dalam lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepada-Nya.

Setelah itu digaul dengan sudu istighfar sehingga nampak taufiq dan kehormatan diri.

Kemudian pindahkan ke mangkuk cinta dan sejukkan dengan udara kasih sayang selepas itu di tapis dengan tapisan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah.

Perhiasan KEMISKINAN ialah SABAR. Perhiasan KEKAYAAN ialah BERSYUKUR. tidak ada KEHORMATAN yang mengatasi ISLAM. tidak ada KEMULIAAN yang lebih tinggi dari TAQWA. tidak ada PAKAIAN yang lebih indah dari KESIHATAN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails